B.MALAYSIA | ENGLISH
     
Tema        
Warna Huruf        
 
 
 
 
PAUTAN JKR
Info Terkini
Jumlah Pelawat
Hari ini 33
Semalam 49
Minggu ini 139
Minggu lepas 371
Bulan ini 882
Bulan lepas 1837
Jumlah 29890
  • Selamat Datang Ke Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan
 
 

Soalan Lazim

 

1. Apakah yang dimaksudkan JKR Perak?

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR Perak adalah sebuah jabatan negeri dibawah Jabatan Kerja Raya Malaysia yang ditadbir-urus oleh Kementerian Kerja Raya. Sebagai sebuah agensi pelaksana dan penasihat teknikal kepada kerajaan negeri dan persekutuan, JKR Perak bertanggungjawab dalam pembangunan prasarana kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat negeri Perak keseluruhannya. Untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang mulia ini, JKR telah ditempatkan di setiap negeri dan daerah di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kerajaan dengan rakyat.


2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Perak?

JKR Perak memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan negara termasuk merancang, merekabentuk, dan membina projek infrastruktur prasarana kemudahan awam di negeri kita. Kami menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong kepada sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.


3. Bolehkah saya memohon untuk menjadi kakitangan JKR Perak?

Sudah tentu boleh! Pegawai dan Kakitangan JKR khasnya JKR Perak adalah terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan. Oleh itu anda boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bila ada tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui akhbar-akhbar utama.


4. Bagaimana jika saya ingin menghubungi kakitangan JKR Perak?

Anda boleh menggunakan Aplikasi Direktori Warga JKR Perak untuk menghubungi kakitangan di seluruh Jabatan Kerja Raya Negeri Perak termasuk di JKR Cawangan dan Daerah.

5. Bagaimana untuk menghubungi JKR Perak ?

Alamat dan nombor telefon kami adalah sseperti di bawah:

Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan,
Ibu Pejabat JKR,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh Perak.

Tel: 05-2534041
Fax: 05-2415328

6. Bagaimana untuk sampai ke ibu pejabat JKR Perak?

Peta lokasi JKR Perak menggunakan kemudahan Google Map dan untuk sampai ke pejabat kami menjadi sangat mudah.

 
Kalendar
Bancian
Apakah pendapat anda terhadap laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Batang Padang ?


Arkib
Galeri

Audio    Foto    Video

  Audio       Gambar       Video

Media Sosial

     facebook-kementerian        facebook-JKR malaysia       RSS

Map

 

Hak Cipta Terpelihara © 2013 Jabatan Kerja Raya Daerah Batang Padang.
Peta Laman | Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Soalan Lazim | Bantuan

JABATAN KERJA RAYA DAERAH BATANG PADANG
Pejabat Jurutera Daerah, JKR Batang Padang, 35000 Tapah, Perak, Malaysia.

Tel: 605-4011 406 / 4013 406 Faksimili: 605-4012 834 Toll Free: 1-800-88-3377
Email :bpadang@jkr.gov.my

Paparan terbaik pada resolusi 1024px x 768px menggunakan :
Internet Explorer 8++ Mozilla Firefox 10++ Google Chrome 

Kemaskini Terakhir : Selasa, 16 September 2014