Info Awam

Maklumat Umum

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung Portal Rasmi JKR Perak terutama sekali orang awam yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat.

Untuk makluman Dato'/Datin, Tuan-Tuan/Puan-Puan, pejabat ini telah menerima banyak email mengenai aduan-aduan, permohonan-permohonan jawatan kosong dan Latihan Industri (LI) melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Aduan serta permohonan Dato'/Datin, Tuan-Tuan/Puan-Puan mungkin tidak akan dilayan kerana tidak melalui saluran yang betul.

Untuk mengelakkan sebarang kemusykilan serta salah faham, dibawah ini disenaraikan saluran-saluran yang betul supaya aduan dan permohonan Dato'/Datin, Tuan-Tuan/Puan-Puan dapat diproses dengan segera.

(1) ADUAN-ADUAN AWAM

Segala aduan hendaklah menggunakan saluran aduan seperti berikut :-

  • Menerusi email aduan JKR Perak iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
  • Menerusi email aduan JKR Malaysia iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
  • Menerusi Talian Bebas Toll JKR Perak iaitu 1-800-88-3377 atau
  • Menerusi Talian Bebas Toll JKR Malaysia iaitu 1-300-88-8557 atau
  • Menerusi SMS Ke 32728 [DAPAT] dengan menaip "JKR ...aduan anda..." (Caj RM0.50 akan dikenakan untuk setian SMS)
  • Menerusi surat atau datang sendiri ke Pejabat JKR Perak, JKR-JKR Cawangan, JKR-JKR Daerah.

Selain daripada saluran yang tersebut, Aduan anda TIDAK akan dilayan.

(2) PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Untuk makluman, Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan adalah sebuah jabatan kerajaan dan semua permohonan jawatan kosong terutamanya pemegang-pemegang sijil Dilploma dan Ijazah hendaklah dibuat melalui portal-portal dibawah melainkan ada diiklankan didalam akhbar-akhbar utama.

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  3. Gerbang Kerjaya Portal Jobs Malaysia

Permohonan terus ke jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan TIDAK akan dilayan.

(3) PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI

Bagi pelajar-pelajar dari Universiti, IPTS atau IPTA yang memerlukan Latihan Industri di Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan, permohonan hendaklah dibuat secara rasmi kepada Pengarah, Jabatan Kerja Raya Perak dan menggunakan alamat rasmi seperti diatas. Permohonan yang dibuat secara email hendaklah dihantar kepada alamat seperti berikut :-

En. Imran Izzuddin Bin Mahadzir
Bahagian Pentadbiran, JKR Batang Padang
05-4011406 ext 208
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Jenis/Bidang Latihan yang berkaitan :-

  • Bidang Kejuruteraan Awam, & Elektrikal
  • Bidang Senibina dan Rekabentuk Struktur
  • Bidang Kontrak & Ukurbahan
  • Bidang ICT ( Sijil & Diploma sahaja ) Lain-lain bidang yang berkaitan.

Permohonan LI hendaklah dibuat seawal tiga (3) bulan atau lebih untuk mendapatkan kelulusan dari pihak pengurusan. Permohonan yang tidak melalui saluran ini TIDAK akan di layan.

Terima kasih.