Johan Anugerah Pengurusan Projek Terbaik 2017

JKR Daerah Batang Padang telah dinobatkan sebagai JOHAN Anugerah Pengurusan Projek Terbaik 2017 bagi Kategori Pasukan Pengurusan Pembinaan Projek Infrastruktur (RM500 Ribu < Kos < RM20Juta) sempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2017 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknikal JKR (CREaTE), Melaka untuk Projek Cadangan Mengganti Dan Melebar Jambatan FT001/513/60 Berhampiran Pekan Sungkai, Batang Padang, Perak Darul Ridzuan.