Profil Organisasi

SEJARAH
JKR DAERAH BATANG PADANG

žJKR Batang Padang telah diwujudkan dengan nama ‘PWD SOUTH PERAK’ pada tahun 1895 diketuai oleh Ir. P.B Mac Glashan.Pada tahun 1934 Pejabat Kecil JKR Batang Padang (PWD South Perak) diwujudkan di Tanjung Malim.
ž
Selepas perang dunia kedua ketika pentadbiran Inggeris kembali menguasai Tanah melayu, seramai 15 orang jurutera telah ditukar ganti mengetuai ‘PWD SOUTH PERAK’ disekitar tahun 1946 hingga tahun 1961.Walaupun Tanah Melayu telah mencapai Kemerdekaan pada 1957, hanya pada tahun 1961 PWD South Perak diketuai oleh rakyat Malaysia, Ir. Yeap Hooi Eng.
 
žPada tahun 1963, PWD South Perak, Jurutera daerah ketika itu Ir. A. Navaratham, mendapat bangunan sendiri di Tapah Road.Pada awal tahun 1980an nama PWD South Perak telah ditukar kepada JKR Daerah Batang Padang.Pada 1993, Pejabat Kecil Bahagian Tanjong Malim telah pindahkan ke Slim River.
ž
Pada tahun 1998 dibawah Jurutera Daerah Ir. Tuan Lah Bin Tuan Mat dan Ir. Hj. Yusoff Bin Abdul Hamid telah merancang pembinaan bangunan baru di Jalan Kelab Tapah.Bangunan ini telah siap diduduki pada tahun 2002 dan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 8 Jun 2004.

                        

jkr 

 

Daerah Batang Padang terletak di bahagian Selatan adalah merupakan daerah kedua terbesar dalam Negeri Perak. Keluasan daerah ini adalah 274,548 Ha (2,712 km persegi) iaitu 13 % dari keluasan Negeri Perak.

Daerah ini dibahagikan kepada 6 buah Mukim iaitu Mukim Chenderiang, Batang Padang, Bidor, Sungkai, Slim & Ulu Bernam.

Daerah Batang Padang mengandungi dua Majlis Daerah iaitu Majlis Daerah Tapah, Majlis Daerah Slim River & Majlis Daerah Tanjung Malim.